Friday, December 9, 2016

Pengalaman Terapi Berkuda bersama RDA Malaysia

Berkuda merupakan antara salah satu aktiviti yang disunahkan Nabi Muhammad SAW. Untuk kanak-kanak Autisme, terapi berkuda memberikan beberapa manfaat seperti ;

  • Input sensori integrasi : bau-bau (oldfactory) persekitaran kawasan dan bau kuda, vestibular dan proprioceptive ketika menunggang kuda, (tactile) ketika menyentuh kuda termasuklah input dari bunyi-bunyi (auditory) dari kaki kuda.
  • Input komunikasi dan sosial : meransang kanak-kanak berkomunikasi semasa melihat atau menunggang kuda termasuklah mendengar arahan dari instructor. kanak-kanak juga dapat menjalankan hubungan kepercayaan kepada kuda yang mereka tunggang tanpa sedar.
  • Input kognitif : meransang tumpuan dan konsentrasi kanak-kanak ketika menunggang atau melihat kuda disamping mengaktifkan respond mengawal badan ketika menunggang kuda dan menerima arahan
RDA (Riding for Disable Association) Malaysia memberi peluang kanak-kanak Autisme, Down's Syndrome dan Cerebral Palsy dari peringkat umur untuk merasai sendiri pengalaman menunggang kuda (kuda saiz dewasa) sambil melalukan aktiviti terapeutik ketika menunggangnya. Walaupun bukan semua kanak-kanak bersedia untuk menunggang kuda buat kali pertama, mengalaman merasai sendiri melihat kuda dan orangblain menunggangnya juga dapat memberi sedikit input ketika terapi ini dijalankan.

Terapi Cara Kerja (OccT/OCT/OT) di rumah

Salam 1 Malaysia.
Saya OT kini menetap di area jinjang-selayang. sekiranya ada ibu bapa yang berminat untuk menerima terapi carakerja di rumah boleh menghubungi saya di dnan_khaszriealdnan@yahoo.com

Terapi untuk kanak-kanak Autisme berumur bawah 12 tahun. Boleh bagi pendapat atau sebarang undangan.

Terima Kasih