- Input sensori integrasi : bau-bau (oldfactory) persekitaran kawasan dan bau kuda, vestibular dan proprioceptive ketika menunggang kuda, (tactile) ketika menyentuh kuda termasuklah input dari bunyi-bunyi (auditory) dari kaki kuda.
- Input komunikasi dan sosial : meransang kanak-kanak berkomunikasi semasa melihat atau menunggang kuda termasuklah mendengar arahan dari instructor. kanak-kanak juga dapat menjalankan hubungan kepercayaan kepada kuda yang mereka tunggang tanpa sedar.
- Input kognitif : meransang tumpuan dan konsentrasi kanak-kanak ketika menunggang atau melihat kuda disamping mengaktifkan respond mengawal badan ketika menunggang kuda dan menerima arahan
RDA (Riding for Disable Association) Malaysia memberi peluang kanak-kanak Autisme, Down's Syndrome dan Cerebral Palsy dari peringkat umur untuk merasai sendiri pengalaman menunggang kuda (kuda saiz dewasa) sambil melalukan aktiviti terapeutik ketika menunggangnya. Walaupun bukan semua kanak-kanak bersedia untuk menunggang kuda buat kali pertama, mengalaman merasai sendiri melihat kuda dan orangblain menunggangnya juga dapat memberi sedikit input ketika terapi ini dijalankan.